Melodinya merdu tapi di mana melodinya? – Ramli MS

JURI tetap All Star Gegar Vaganza (GV), Datuk Ramli MS tidak gemar dengan persembahan yang dilunaskan  penyanyi Ezad Lazim, sebentar tadi.

Hal tersebut kerana Ezad tidak mampu membawakan lagu Seksa milik Ukays dengan jayanya walaupun karya itu mudah disampaikan.

“Lagu ini melodinya merdu tetapi di mana melodinya?

EZAD LAZIM gagal menyanyikan lagu dendangan asal kumpulan Ukays berjudul Seksa dengan sempurna.

“Awak menyanyi banyak kucar-kacir sehingga hilang merdunya walaupun lagu ini sangat mudah.

“Sebutan pun kurang jelas mungkin kerana banyak sangat kemam,” katanya selepas persembahan ahli kumpulan Exists itu.

Bagaimanapun, pemilik nama lengkap Mohd. Rohaizad Mohd. Lazim itu hanya berdiam diri menandakan bersetuju dengan komen Tokram.

Meninjau dalam aplikasi X, rata-rata netizen turut bersetuju dengan komen yang dilontarkan oleh Tokram.

“Betul! Ezad tiada benda yang istimewa. Banyak sangat kemam seperti kata Tokram,” kata netizen

“Kenapa persembahan Ezad minggu ini tidak bermaya?,” soal peminat. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok