Bersepah, Aliff Aziz tak okey – Ramli MS

SHAH ALAM – “Tidak okey.”

Demikian antara komen yang diberikan juri tetap, Datuk Ramli MS terhadap persembahan penyanyi Aliff Aziz pada konsert minggu keenam All Stars Gegar Vaganza (GV10) hari ini.

Menurut Ramli atau Tok Ram, nyanyian Aliff yang mendendangkan lagu Arjuna milik Dewa 19 tidak sebati dengan muzik.

“Banyak benda yang bersepah dan tidak proper (teratur), tidak sebati dengan muzik.

“Sepatutnya kawal. Lagu ini tak susah tetapi nak kawal jiwa memang sukar. Jadi malam ini tidak okey,” komen Tok Ram.

Aliff bagaimanapun menerima komen tersebut dan hanya tersenyum tanpa memberi sebarang jawapan balas bagi mempertahankan persembahannya.

Malam ini, Aliff turut mengundang gitaris legenda, Man Kidal bagi mengiringi persembahannya.

Sebelum ini, Aliff sering dikritik kerana kerap menerima komen positif daripada barisan juri sehingga ada yang melabelnya sebagai anak emas juri. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok