Ummi, Tracie pun terjebak Adek Saye Abe Sore

SELEPAS kejayaan Bea Soba Bea dua tahun lalu, pasangan duo popular Pantai Timur, Eda Ezrin dan Den Manjo kembali mendunia dengan Adek Saye Abe Sore.

Karya ciptaan Eddie Hamid itu tular dalam media sosial sehingga ke hari ini ketika ramai masih berseronok dengan lagu-lagu raya.

Meski dinyanyikan dalam dialek negeri Kelantan, Abe Saye Adek Sore berjaya mencuri hati ramai peminat karya tempatan termasuk selebriti tanah air!

Antara yang berjaya ‘di Kelantankan’ dengan memuat naik video menyanyikan lagu tersebut ialah Ummi Nazeera bersama suaminya, Dr. Izzar dan Tracie Sinidol dengan Hariz Hamdan.

“Pandai Ummi buat ‘lipsync’, menjadi. Seperti gaya Eda pula tapi kekal cantik.

“Tracie orang Sabah pun sudah ‘diKelantankan’ sebab lagu ini. Lucu!” seloroh netizen. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok