ahim dan menghormati keluarga, bukan menyertai atau mengiktiraf amalan agama lain,” katanya dalam Threads.
Selain itu, pelakon filem KL Gangster itu memaklumkan tidak akan menyambut perayaan Tahun Baharu Cina memandangkan ibunya baru meninggal dunia.
“Tahun ini saya tidak sambut Tahun Baru Cina kerana ibu saya baru meninggal dunia.
“Jadi, untuk menghormati keluarga saya memilih untuk tidak menyambut perayaan itu,” katanya lagi.
Disember lalu, ibu Adam meninggal dunia pada usia 84 tahun.
Aktor merangkap kareografer yang menjadi pereka tari bagi program Akademi Fantasia musim kedua dan keempat itu memeluk Islam pada 13 Julai 2007.
Adam Corrie kemudian mendirikan rumah tangga dengan pereka grafik, Fazema Mohd Fuad, 43, pada 2008 dan dikurniakan seorang anak bernama Adam Fateh Lee.
Pada 2017, dia dipilih sebagai Tokoh Saudara Kita peringkat Selangor bersempena sambutan Maal Hijrah 1439. – HIBGLAM
