LAMA sudah tidak dengar lagu berbaur sinikal yang melawan norma masyarakat. Selalunya lagu ‘mengusik’ cerita viral atau individu berpengaruh tetapi lain pula dilakukan Amira Othman.
Terbaharu, dia meluncurkan single Bila Nak Kahwin hasil ciptaan komposer terkenal Iqie Hugh dan Omar K bersama Amira sendiri.
Amira berharap mesej tentang pencaya terhadap takdir Ilahi sampai kepada pendengar terutama tentang jodoh.
Dan, ternyata lagu itu mencuri perhatian ramai terutama mereka yang belum mendirikan rumah tangga.
Kata mereka, lagu itu sesuai dimainkan pada Aidilfitri nanti dan ditujukan buat mereka yang suka bertanya soalan cepumas ‘bila nak kahwin?’
Kepada yang masing single, jadikan lagu ini nada dering telefon kalian ketika raya nanti.
“Sesuai sangat nyanyi tepi telinga mak cik bawang,” seloroh netizen. – HIBGLAM