Sekali lafaz, Afifah Nasir sah bergelar isteri Syed Hariz

PELAKON Afifah Nasir selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihan hatinya, Syed Hariz sekitar pukul 3.30 petang tadi.

Berita gembira berkenaan majlis pernikahan yang berlangsung di Hotel The St. Regis Kuala Lumpur itu disahkan kakaknya, Anzalna Nasir.

“Alhamdulillah, Afifah dan Hariz sah bergelar pasangan suami isteri hanya dengan sekali lafaz.

“Majlis mereka pada petang ini hanya dihadiri keluarga dan rakan terdekat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online.

Afifah atau nama sebenarnya Nur Afifah Nasir, 31, dinikahkan sendiri bapa mereka, Profesor Dr. Md. Nasir Ibrahim.

Menerusi video yang dikongsi rakan artis, Afifah memilih persalinan serta layah serba putih, manakala suaminya memakai baju Melayu rona serupa.

Menurut pelakon itu lagi, majlis resepsi pasangan terbabit akan diadakan di lokasi sama pada malam ini.

Terdahulu, Afifah selamat mengikat tali pertunangan dengan Hariz pada Februari lalu. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok