[VIDEO] Elak curang, Izzue Islam pilih ‘berkepit’ dengan isteri

BUKAN dikongkong sebaliknya pelakon dan penyanyi, Izzue Islam mengakui selesa sentiasa ditemani isteri yang juga pengurusnya, Awin Nurin bagi mengelakkan dirinya berlaku curang.

Izzue atau nama sebenarnya, Muhammad Izzul Islam Mazlan, 33, mengakui bimbang terleka sekiranya suri hatinya itu tiada di sisi memandangkan hati manusia mudah berbolak-balik.

“Setakat ini tiada pun yang cuba nak ‘try’ saya tetapi itu langkah berjaga-jaga. Tak nak tiba-tiba saya pula yang ‘try’ orang lain.

Manusia kadang-kadang perasaannya tunggang-langgang juga. Takut satu hari saya jauh dengan isteri, tiba-tiba terdetik ‘bolehlah usha awek mana-mana kan?’

“Jadi, untuk elak daripada berlaku saya selalu bawa isteri ke mana-mana. Saya tak suka hilang fokus. Saya mahu fokus kerja, selesaikan tugas dan lepak dengan isteri. Itu sahaja,” katanya menerusi video dalam TikTok.

Pelantun lagu Suka Sama Suka itu turut menegaskan dirinya tidak mahu berkongsi kasih sayang dengan wanita lain selain isterinya.

Saya nak dia bahagia cuma dengan saya dan saya nak bahagia hanya dengan dia.

“Dalam masa sama, saya tak nak kongsi kasih sayang saya dengan orang lain. Kalau saya kongsi dengan orang lain nanti kasih sayang untuk dia tak cukup macam mana?

Jadi, saya nak bagi sepenuhnya kasih sayang, apa yang sepatutnya seorang isteri dapat daripada seorang suami. Saya tak nak kongsi dengan orang lain,” tuturnya lagi.

Andai ditakdirkan jodoh mereka tidak berpanjangan, Izzue berkata, sekurang-kurangnya dia tahu dirinya sudah melakukan yang terbaik sebagai suami.

Saya nak bagi dekat dia sahaja sepenuhnya supaya satu hari nanti kalau saya tiada ataupun meninggal dunia, ataupun benda yang kita tak mahu (berpisah) berlaku, dia tahu saya bagaimana. Kita tak tahu Allah susun perjalanan hidup kita macam mana.

“Andai satu hari saya tidak bersama dengan dia pun sekurang-kurangnya dia ingat suaminya tak pernah buat itu, tak pernah buat ini. Suaminya bagi dia cukup itu ini,” katanya.

Sebagai rekod, Izzue menyunting Awin sebagai isteri pada 2 Jun 2013 dan hidup bahagia meski belum direzekikan menimang cahaya mata. – HIBGLAM

@maskulinmyIzzue Islam sentiasa hadir ke mana-mana acara bersama isterinya Awin Nurin. Selain berperanan sebagai pengurus, rupanya ada sebab lain mengapa Izzue mahukan kehadiran isteri di sampingnya setiap masa. #izzueislam #maskulin #majalahmaskulin♬ original sound – Maskulin

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok