Tayang foto kucup isteri, Aiman Hakim ditegur netizen

TERBUKA berkongsi gambar berkucupan dengan isteri dalam lama sosial, pelakon Aiman Ridza Hakim diingatkan agar menyimpan momen peribadi buat tatapan sendiri.

Rata-rata netizen berpendapat aksi intim bersama pasangan tidak sepatutnya ditayang kepada umum bagi mengelakkan penyakit ain.

Bahkan sebilangan lagi peminat pasangan selebriti terbabit turut mengingatkan aktor itu jangan membangkitkan kemarahan pihak lain.

“Gambar ‘last’ tu boleh padam kalau tak mahu tambah dosa,” tulis seorang peminat.

“Kalau nampak gambar akhir mahu dia meroyan balik,” ulas netizen lain.

“Ada yang patah bukan kerusi, ada yang sakit bukan gigi, ada yang retak bukan cermin, ada yang terbakar bukan kertas,” komen seorang pemilik akaun.

Pelakon drama Amira Rose itu berkongsi gambar bersama belahan jiwanya, Zahirah atau nama penuhnya Nur Zahirah Macwilson Zainol, 29, yang kini sarat hamil.

Mereka kini berada di Perth, Australia bagi menunggu detik kelahiran cahaya mata kedua mereka yang khabarnya perempuan.

Selain gambar intim itu, Aiman turut berkongsi beberapa foto lain ketika mereka sekeluarga melawat sebuah ladang pisang kaki bersama putera sulung, Isaac Raees, 2.

Aiman dan Zahirah mendirikan rumah tangga dengan pelakon jelita itu pada 20 Februari 2020. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok