Le Sserafim dihina, agensi buru pelaku

TERUK dikecam gara-gara nyanyian sumbang, agensi Le Sserafim iaitu Source Music bakal mengambil tindakan terhadap pihak yang berani mengeluarkan kenyataan melampau tentang kumpulan berkenaan.

Source Music meluahkan kebimbangan terhadap maklumat palsu serta komen buruk yang diterima Le Sserafim dalam media sosial.

Memandangkan hak peribadi artis kami dicabuli dengan serius, kami merancang untuk mengambil tindakan tegas terhadap individu berniat jahat termasuk komuniti dalam talian.

“Siaran berbentuk penghinaan secara melulu, penyebaran maklumat palsu, gangguan seksual, fitnah dan ejekan berniat jahat akan dikenakan tindakan bagi melindungi artis kami,” kata wakil agensi.

Sebelum ini, tular dalam media sosial apabila penampilan sulung Le Sserafim di festival Coachella 2024 menerusi lagu 1-800-hot-n-fun dikritik kerana persembahan kurang memuaskan.

Kumpulan K-pop popular itu sekali lagi menjadi bualan hangat apabila gagal mempamerkan persembahan yang baik pada minggu kedua.

Harapan peminat untuk melihat mereka memperbaiki mutu persembahan ternyata hampa kerana ramai mendakwa semua anggota Le Sserafim menyanyi secara ‘miming’ atas pentas.

Lebih teruk, kesilapan tersebut jelas kelihatan apabila dua anggotanya iaitu Chaewon dan Kazuha mengalihkan tangan yang memegang mikrofon sedangkan lagu masih dimainkan. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok