Dikecam nyanyi lagu putus cinta di majlis resepsi, netizen ‘backup’ Aina Abdul

GARA-GARA membawakan lagu putus cinta atau dendangan galau pada majlis perkahwinan, penyanyi Aina Abdul dikecam sebilangan peminat dalam media sosial.

Biarpun dipuji mendendangkan lagu bernada tinggi, I Will Always Love You di majlis perkahwinan pempengaruh Athirah Kamaruzzzaman dengan suami, Emran Rijal, tidak semua bersetuju dengan tindakan penyanyi tersebut.

“Ini bukan lagu yang tepat untuk sebuah majlis perkahwinan.

“Saya tak cakap pun Aina yang pilih lagu tapi lagu tersebut lagu untuk orang mati,” demikian antaran usikan netizen dalam aplikasi X.

Bagaimanapun, ramai yang mempertahankan Aina atau nama sebenarnya, Nurul Aina Abdul Ghani, 31.

Rata-rata berpendapat, barangkali pengantin sendiri yang meminta untuk lagu malar segar itu dinyanyikan pada hari bahagia mereka.

“Permintaan pengantin kan. Lagipun, ini bukan pertandingan bro.

“Orang fokus pada bahagian lirik akhir itu je. Tiada mnak tengok lirik satu per satu. Bergandung kepada POV (sudut pandang) seseorang,” demikian coret peminat.

Lagu I Will Always Love You merupakan nyanyian dan ciptaan asal penyanyi legenda, Dolly Parton yang kemudian dipopularkan semula oleh Whitney.

Lagu tersebut dijadikan runut bunyi filem The Bodyguard dilakonkan Whitney dan Kevin Costner yang rata-rata mendapat respons negatif daripada para pengkritik filem.

Namun, album soundtrack filem terbabit mencetuskan fenomena luar biasa apabila dua lagu yang dimuatkan iaitu I Run To You dan I Have Nothing dicalonkan pada Academy Awards dalam kategori Lagu Asal Terbaik. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok