Justin Bieber bakal jadi bapa Julai ini

Selepas timbul spekulasi berbadan dua, akhirnya model Hailey Bieber mengesahkan dirinya kini hamil anak pertama yang bakal dilahirkan Julai depan.

Perkara tersebut dikongsikan suaminya, Justin Bieber dalam Instagram dengan memuat naik beberapa keping foto dan video Hailey bersama ‘baby bump’ tanpa sebarang kapsyen.

Malah pelantun lagu popular Baby itu juga turut merangkul isterinya itu dalam gambar yang menunjukkan separuh tubuh mereka.

Dalam hantaran tersebut, Hailey dan Bieber turut menunjukkan momen memperbaharui ikrar perkahwinan selepas enam tahun mendirikan rumah tangga.

Berita gembira tersebut turut disahkan wakil pengurusan yang memaklumkan kandungan Hailey sudah mencecah enam bulan.

Ibu kepada penyanyi itu, Pattie Mallete juga tidak ketinggalan berkongsi kegembiraan dengan memaklumkan tidak sabar menyambut kelahiran cucunya.

“Saya sudah lama menunggu untuk berkongsi perkara ini. Saya tidak sabar untuk menjadi nenek,” katanya.

Sebelum ini, Justin dan Hailey berkahwin pada September 2018 di New York, Amerika Syarikat selepas dua bulan bertunang.  – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok