Baek Ah-yeon bahagia hamil anak perempuan

TIADA angin tiada ribut, penyanyi, Baek Ah-yeon mengejutkan peminat apabila mengumumkan dirinya kini berbadan dua.

Khabar gembira itu dikongsi menerusi Instagram dengan memuat naik gambar sonogramnya.

“Menjadi seorang ibu buat kali pertama adalah lebih menakjubkan dan mendalam daripada yang saya bayangkan, syukur saya dapat merasakan momen indah ini.

“Nama panggilan bayi ini adalah Yongyong dan betul, saya akan melahirkan anak perempuan.

“Tak sabar menantikan kelahiran si comel ini, sungguh indah perasaan itu,” ujarnya teruja. – HIBGLAM

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok