Amboi! makin seksi Ameera Khan

TAK serik dan makin menjadi-jadi pula.

Itu antara komen yang menghujani Ameera Khan atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan (LMK) baru-baru ini.

Netizen bukan saja-saja nak kecam tapi LMK yang mengundang perhatian apabila memuat naik foto memakai busana mencolok mata.

Tayang paha dan pusat dalam beberapa keping foto Instagram. Itu yang menjadi bahan bualan ramai ketika ini.

Disebabkan imej tersebut, ramai mula petik nama Neelofa dalam ruangan komen.

“Kenapa baju-baju Ameera makin terdedah? Hendak nampak cantik tak semestinya perlu seksi.

“Pakai baju nampak pusat, Neelofa tak marah ke?” perli netizen.

Paling Diva terhibur ialah netizen siap titipkan pesanan agar dia tidak menjadi penyondol rumah tangga orang.

“Jangan jadi penyondol tau. Kami kalau boleh tak mahu kecam Ameera sebab awak cantik,” komen netizen.

Terhibur betul dengan komen netizen tetapi Diva tertanya-tanya juga, adakah wanita cantik tidak akan dikecam teruk kalau jadi penyondol?

DIVA: Teruk juga Emma Maembong dan Chacha Maembong kena kecam, sampai ada yang nak boikot. 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok