Siapa perasan, perasanlah – Hisyam Hamid jawab dakwaan dah cerai

Pelakon Hisyam Hamid enggan mengulas lanjut berhubung dakwaan dia dan isteri, Rosmawati Hanafi  sudah bercerai setahun yang lalu.

Hisyam atau nama sebenarnya, Hazmi Hisyam Abdull Hamid, 39, berkata, dia masih belum bersedia memberi sebarang kenyataan melibatkan hal peribadi.

Setiap perkahwinan mesti ada pasang surutnya, apa yang saya boleh katakan buat masa ini, saya belum bersedia untuk mengulas atau memberi komen tentang perkara ini.

“Hubungan kami hingga sekarang dalam keadaan baik, waktu raya baru-baru ini pun kami keluar bersama anak-anak. Tiada masalah dari segi hubungan,” kata kepada HibGlam.

Pada masa sama, pelakon drama Alamatnya Cinta itu turut menegaskan, isterinya yang mesra disapa Mel masih menguruskan kerjaya seninya hingga sekarang.

Menurut Hisyam, banyak perkara yang perlu dipertimbangkan terutama anak-anak sebelum mengulas hal keluarga.

Dia (Mel) pun masih menguruskan kerjaya saya sebagai seorang pelakon, dia pengurus saya.

“Untuk status pula saya belum bersedia untuk berkongsi, banyak perkara perlu ambil kira untuk menjaga hati dan perasaan terutamanya anak-anak.

“Saya faham ramai yang sering bertanya berkenaan status, tetapi apa yang boleh saya katakan hubungan kami baik-baik sahaja,” katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Global Station Sdn. Bhd. baru-baru ini.

Tidak menafikan soalan berkenaan rumah tangganya sering diketengahkan, baginya perkara seumpama itu sudah jadi perkara biasa.

Sudah lama orang bertanya mengenai ini, lebih dari setahun dah. Siapa yang perasan itu, perasan lah.

“Saya cuma minta doa yang baik-baik sahaja lah,” jelasnya.

Hisyam mendirikan rumah tangga dengan Mel pada 2006 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata, Nurish Syameliah, 17, dan Haydeen, 15. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok