Saya nak kahwin? Netizen suka buat cerita – Amelia Henderson 

“Saya baca komen Tiktok, (reaksi) saya macam: ‘weh, saya nak kahwin?’

Demikian reaksi pelakon Amelia Henderson sekali gus menafikan khabar angin dia dan teman rapat, Aedy Ashraf sedang melakukan persiapan pernikahan seperti didakwa sebilangan peminat dalam ruangan dalam media sosial.

Amelia atau nama sebenarnya, Amelia Thripura Henderson berkata, dirinya sendiri terkejut dengan dakwaan terbabit dan menyifatkan komen peminat sekadar gurauan semata-mata.

Menarik! Tak tahu. Kalian beritahulah nanti bila saya nak kahwin nanti. Sebab saya (sendiri) tak tahu. Saya sedang bekerja sekarang ini. Saya tak tahu apa-apa langsung.

“Jadi, bagi saya mereka (netizen) memang suka mereka-reka cerita tapi kadang-kadang, saya terhiburlah,” katanya kepada HibGlam usai sidang media drama terbaharu lakonannya, One Million Dollar Voice di Dadi Cinema, malam tadi.

Sekiranya benar atau sahih hubungannya dengan Aedy akan ke jenjang pelamin, Amelia memaklumkan dia sendiri akan mengumumkan perkara tersebut dan bukan daripada mulut orang lain.

Kalau nak tanya sama ada apa-apa nak umumkan (berkenaan kahwin), kami akan umumkan tapi kalau pihak lain umumkan, saya tak tahu tentang hal itu,” ulasnya.

Amelia yang melakonkan karakter sebagai Zana dalam drama tersebut bagaimanapun tidak menafikan bahawa Aedy adalah lelaki yang sangat istimewa dalam hidupnya.

“Kalian tahu yang kami memang rapat sejak dulu lagi. Kami ada hubungan yang sangat fantastik sampai sekarang.

Saya sangat bersyukur yang dia (Aedy) ada dalam kehidupan saya. Dia sangat memahami kedudukan saya sebab latar belakang kami memang terlalu sama.

“Kami berdua berlakon sejak kecil, berdepan cabaran yang sama apabila waktu remaja dan semua itu depan kamera serta audiens yang ramai.

“Dalam ramai orang yang saya kenal, dia antara yang boleh faham posisi saya. Disebabkan itu, banyak persamaan dan kami serasi bersama,” ujarnya seraya memaklumkan biarlah orang ramai berteka-teki tentang perhubungan mereka.

Baru-baru ini, tular dalam media sosial terutama TikTok Amelia, 28, berpimpinan tangan dengan Aedy, 30, dan aktor itu melontarkan perkataan ‘sayang’ dalam video dimuat naik menerusi platform terbabit.

Disebabkan itu, ramai mula menyebarkan spekulasi hubungan pasangan terbabit semakin serius dan bakal bersatu di jenjang pelamin tidak lama lagi. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok