Aedy Ashraf kekasih yang hebat – Netizen

PERCUTIAN pasangan kekasih, Amelia Henderson dan Aedy Ashraf di Jepun baru-baru ini mengundang pelbagai reaksi netizen dalam media sosial.

Bukan sahaja aksi mereka bermain salji membuat ramai terhibur tetapi juga gelagat Aedy ketika merakam video bersama Amelia.

Perkara itu dapat dilihat menerusi salah sebuah video dimuat naik Amelia dalam TikToknya yang memaparkan Aedy lipsync menyanyikan lagu Microwave Popcorn bersama kekasihnya itu.

Gelagatnya menjiwai watak dalam video yang meraih lebih sejuta tontonan itu membuatkan ramai terhibur malah memuji caranya lipsync yang kelihatan sangat menjadi.

“Aedy memang pelakon hebat, lipsync untuk lagu ini nampak sangat lancar. Seperti lagunya pula.

“Bagus betul Aedy jadi sejak jadi teman lelaki Amelia, ikut sahaja menyanyi, menari. Nak juga!

“Aedy punya mimik muka dan lipsync sangat sempurna. Lain macam betul perangai sejak kembali bergelar kekasih Amelia,” kata netizen.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok