Kemuncak lagu solo Lisa

Anggota kumpulan Blackpink, Lisa terus ampuh melakar kejayaan apabila single menerusi album pertamanya, Lalisa telah melepasi 1.2 bilion penstriman menerusi platform digital, Spotify.

Meskipun hanya dengan dua lagu solo, Lisa telah diangkat sebagai antara penyanyi solo paling berjaya di Asia.

Tidak terhenti di situ, kejayaannya terus memuncak apabila lagu solo keduanya, Money kini telah melepasi 850 juta penstriman dalam Spotify, sekali gus menjadikan Lisa penyanyi wanita dan artis solo K-pop pertama yang mencapai rekod tersebut.

Kejayaan yang dikecapi membuktikan bahawa Lisa berada ditahap paling tinggi dalam kerjayanya, selain sudah beribu langkah meninggalkan artis K-pop lain yang debut sama tahun dengannya.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok