Jisoo jadi bintang filem

MEMILIKI daya tarikan yang memukau, penyanyi Jisoo diramalkan bakal menyerlah sebagai pelakon.

Namun, pihak pengurusannya iaitu YG Entertainment mengesahkan bahawa penyanyi di bawah naungan mereka itu masih belum melakukan keputusan tentang penerimaan watak terbabit.

“Jisoo ditawarkan untuk tampil dalam filem Omniscient Reader’s Viewpoint.

“Kini, dia sedang menilai tawaran tersebut,” kata pihak YG Entertainment.

Sekiranya penyanyi kumpulan Blackpink itu menerima tawaran tersebut, dia berkemungkinan akan membawakan watak Lee Ji-hye, rakan sekerja kepada watak utama, Yoo Jung-hyuk.

Omniscient Reader’s Viewpoint sebuah naskhah adaptasi novel web popular bertajuk serupa.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok