Jini idolakan Blackpink

KEJAYAAN yang dikecapi kumpulan Blackpink di peringkat antarabangsa secara tidak langsung menjadikan mereka idola ramai penyanyi baharu termasuk Jini.

Minat Jini terhadap Blackpink tercetus apabila melihat cara kumpulan wanita itu menawan hati peminat di atas pentas sambil menunjukkan skil nyanyian luar biasa.

“Banyak yang perlu dipelajari daripada Blackpink yang mempunyai bertahun-tahun pengalaman.

“Penampilan mereka di atas pentas mempunyai karisma sangat hebat.

“Malah, keupayaan melakukan persembahan sempurna berserta skil komunikasi dengan peminat harus diberi pujian,” katanya yang mengakui sebagai peminat tegar kumpulan itu.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok