RENTETAN kontroversi pergaduhan antara adik-beradik penyanyi Shila Amzah, aktres Nina Iskandar menitipkan nasihat supaya menjaga aib keluarga sendiri.
Meninggalkan pesanan menerusi gelanggang media sosial, pelakon asal Brunei itu berharap setiap individu berkeluarga mempunyai perasaan malu sebelum membuka pekung masing-masing.
“Astaghfirullah. Apa ini? Satu lagi keluarga Keeping Up With The Kardashians?
Hal keluarga haruslah dijadikan sebagai isu privasi.
“Awak harus ada perasaan malu kepada diri sendiri,” katanya.
Dalam masa sama, aktres Rebecca Nur Islam turut memohon kepada Tuhan menutup rapat aib keluarga selain berharap konflik antara keluarga Shila dapat diselesaikan dengan baik.
Allahuakhbar. Semoga dapat selesaikan dengan baik.
“Semoga Allah SWT sentiasa menjaga aib keluarga kita semua. Amin,” ujarnya ringkas.
Selepas beberapa hari platform media sosial kecoh dengan sesi berbalas kenyataan antara anak-anak penyanyi era 1980-an, Datuk ND Lala, hari ini, bekas isterinya yang juga ibu kepada Shila, Fauziah Sarman pula meluahkan perasaan.
Wanita berusia 55 tahun itu menyatakan kekesalan terhadap anak sulungnya yang didakwa tidak bercakap benar mengenai isu penjualan rumah tujuh bilik didiaminya sekarang.
Namun, setelah menerima kecaman hebat, Fauziah segera memadan hantaran tersebut selang beberapa minit selepas memuat naik.
Kontroversi itu tercetus selepas adik bongsu Shila, Syada mendakwa sedang mencari rumah sewa kerana didakwa dihalau daripada kediaman lamanya.
Selepas itu, satu demi satu pekung mula terbongkar termasuk dakwaan Shila ingin menjual rumah kerana gilakan harta selain dia mendedahkan. dia dipaksa bekerja untuk menanggung ahli keluarga lain seawal usia 10 tahun.- HIBGLAM