Hina Minho, Taemin menyesal

AHLI kumpulan Shinee iaitu Taemin dan Key memohon maaf secara terbuka gara-gara satu kenyataan berbaur penghinaan warna kulit terhadap rakan seperjuangannya dalam industri, Minho.

Semuanya bermula apabila Taemin bergurau dengan Minho yang hanya kelihatan cerah atau putih pada bahagian mata dan gigi. Ketika itu mereka sama-sama baru selesai bermain golf.

Lebih teruk apabila Key turut mencelah perbualan tersebut mengajukan soalan kepada Minho mengapa kulitnya bersawo matang.

Perbualan tersebut tidak disenangi peminat kerana menganggap gurauan dua penyanyi itu kasar walaupun mereka bertiga berkawan baik.

Peminat juga merasakan Taemin dan Key tidak menjaga sensitiviti dalam hubungan persahabatan mereka.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok