373
DEMI menjaga hubungan persahabatan, aktor Song Joong-ki sanggup pulang ke Korea Selatan bagi menghadiri majlis perkahwinan pelakon Ahn Hye-kyung.
Bukan sahaja hadir sebagai tetamu, pelakon yang popular menerusi drama Descendants Of The Sun itu turut menggalas tanggungjawab sebagai pengacara majlis.
Ini menunjukkan betapa akrab dan utuhnya persahabatan yang terjalin antara mereka.
Acara perkahwinan yang berlangsung pada 25 September lalu di Seoul itu hanya dihadiri rakan rapat dan ahli keluarga.