BAKAL mengumumkan khabar gembira, penyanyi Ara Johari mencuri perhatian ramai apabila berkongsi gambar cincin di jari manis dalam Instagram miliknya.
Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari, 29, turut mengakui hatinya kini berbunga-bunga diulit bahagia.
Apa yang saya boleh katakan, saya memang sedang membuat persediaan yang besar. Saya akan beritahu dalam masa terdekat.
“Harap semuanya dipermudahkan. Doakan saya,” katanya ketika ditemui pada acara karpet merah Anugerah Juara Lagu ke-40, baru-baru ini.
Berikutan perkongsian itu, ada netizen mendakwa jejaka dalam gambar tersebut adalah pelakon Hun Haqeem namun dinafikan Ara.
Tak adalah. Pandai-pandai saja korang ni. Ada ramai lagi lelaki dalam dunia ni. Yang penting saya tak menjaga jodoh orang lain,” ujar pelantun lagu Menjaga Jodoh Orang Lain itu.
Terdahulu bekas peserta Akademi Fantasia 2015 itu berkongsi foto dirinya dengan seorang lelaki yang tidak didedahkan identiti. Dalam foto tersebut, mereka berdua menayang cincin di jari manis masing-masing.
Disebabkan itu, ramai netizen mula membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah kepada penyanyi itu. – HIBGLAM
