Song Joong-ki tak risau bawa watak gelap

PELAKON, Song Joong-ki mengakui tidak kisah menggalas watak menakutkan, jahat mahu pun yang menyerlahkan sisi hitam walaupun kini sudah bergelar bapa.

Dalam wawancara terbaharu bagi mempromosikan filem Hopeless, aktor itu mengakui bersedia andai suatu hari nanti si kecil yang baru mencecah usia tiga bulan menonton semula lakonannya.

“Saya tidak bimbang sama sekali beraksi dalam filem gelap.

“Saya berharap anak saya melihat bapanya melakonkan filem genre ini bersebab apabila dewasa kelak,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok