Matang! Tom Holland lucut stigma ‘balaci’ Tony Stark

Kisah lelaki Spider-Man sudah acapkali divisualkan dilayar lebar. Kendatipun, yang paling meninggalkan dampak di hati audiens semestinya versi Tobey Maguire, Andrew Garfield dan terbaharu, Tom Holland.

Alur ceritanya Peter Parker menggunakan DNA atau templet yang sama, seorang lelaki ‘digigit’ labah-labah kemudian kehidupannya berubah 360 darjah. Pada masa sama, datang seorang wanita yang akhirnya membuatkan Spider-Man dilamun cinta. Ada pengakhiran bahagia, ada juga sebaliknya.

Spider-Man versi Tom Holland kini mula menderu di pawagam dengan naskhah terbaharu, Spider-Man: No Way Home.

Bilanglah seberapa banyak kali filem adiwira ini klise dipertontonkan, namun itulah yang dinanti-nantikan peminat.

Selepas penamat emosional Spider-Man: No Way Home yang menyaksikan memori penduduk New York sudah dipadamkan, ramai tertanya-tanya ke mana hala tuju Peter Parker seterusnya.

Jawapannya hadir menerusi Spider-Man: Brand New Day, sebuah naskhah yang bukan sahaja menghidangkan aksi berskala besar, malah menyelami sisi paling rapuh seorang adiwira yang kehilangan segala-galanya.

SPIDER-MAN versi Tom Holland kini sekali memanggil kehadiran pemujanya ke pawagam.

Kematangan Parker

Versi kali ini turut menerima sambutan awal yang sangat positif daripada pengkritik, dengan ramai memuji kematangan penceritaan serta lakonan Tom Holland.

Pengarah Destin Daniel Cretton berjaya mengalih fokus daripada kemeriahan multiverse kepada konflik dalaman Peter Parker.

Dunia sudah melupakan identitinya, namun dia masih memikul tanggungjawab sebagai Spider-Man. Kesunyian, kehilangan dan pencarian makna hidup menjadi nadi utama filem ini, sekali gus menjadikannya antara kisah paling dewasa dalam francais Spider-Man.

Lakonan Tom Holland boleh dianggap terbaik sepanjang dia menggalas watak Spider-Man.

Holland mempamerkan spektrum emosi yang lebih luas, memperlihatkan Peter Parker yang lebih matang, letih dan sarat dengan beban psikologi.

Kehadiran isterinya (dalam dunia nyata) iaitu Zendaya pula menjadi pelengkap penting, dengan sinergi mereka terus menjadi tunjang emosi yang mengikat keseluruhan naratif.

Villain

Tanpa mendedahkan terlalu banyak, filem ini memperkenalkan beberapa ancaman baharu yang menguji Peter Parker bukan sahaja dari sudut fizikal, malah emosi dan psikologi.

Antagonis yang diperkenalkan berjaya mengangkat konflik ke tahap lebih peribadi, sekali gus menjadikan pertarungan kali ini lebih bermakna berbanding sekadar aksi berskala besar.

TOM Holland kini menjadi Spider-Man generasi baharu yang paling unik di mata global.

Michael Mando sebagai Mac Gargan atau Scorpion melunaskan tanggungjawab sebagai ‘secondary’ villain dengan cemerlang, namun tumpuan utama adalah villain misteri bernama Jean Grey. Department of Damage Control juga tidak kurang hebatnya sebagai ‘penjahat.’

Kemunculan susuk gelap ber-hoodie itu menjadi titik tumpu utama krisis, bukan sahaja dari sudut fizikal, malah emosi, sekali gus mengheret Peter Parker ke dalam pertarungan paling getir dalam hidupnya.

Dari aspek visual, versi ini masih mengekalkan identiti Marvel, sarat aksi mendebarkan dan kesan khas mengagumkan.

Namun, kelebihan sebenar Brand New Day bukan terletak pada adegan pertarungan semata-mata, sebaliknya keberanian memberikan ruang kepada perkembangan watak.

Biarpun terdapat beberapa babak yang masih terperangkap dalam formula tipikal MCU, semua itu tidak cukup besar untuk menjejaskan pengalaman keseluruhan.

Verdik: Spider-Man: Brand New Day membuktikan bahawa Spider-Man tidak memerlukan ancaman multiverse untuk tampil hebat.

Sebaliknya, kisah yang lebih intim, beremosi dan berpaksikan kemanusiaan sudah memadai untuk mengangkat Peter Parker kembali sebagai antara adiwira paling relevan dalam dunia sinematik Marvel.

Ini bukan sekadar permulaan baharu buat Spider-Man, tetapi juga evolusi paling matang watak tersebut sejak diperkenalkan kepada penonton. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok