PELAKON Nad Zainal menyuarakan pandangannya mengenai kepelbagaian watak yang boleh dijayakan aktres berhijab tanpa perlu mengehadkan potensi dalam industri seni.
Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 36, meluahkan rasa teruja sekiranya diberi peluang menghidupkan watak berat luar daripada kebiasaan pernah dibawanya.
“Kalau berhijab berlakon watak ‘junkie’ (penagih dadah), mesti seronok kan?
Mak-mak pakai tudung sarung duduk rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR), hisap batu, abaikan anak dan kena turunkan berat badan untuk watak.
“Siapa kata pelakon berhijab tak boleh bawa watak begini?,” katanya dalam Threads.
Tambahnya lagi, imej berhijab bukanlah penghalang untuk membawakan peranan beremosi berat, watak licik, mahupun antagonis tanpa perlu melanggar batas hukum .
“Gila? Jahat? Licik? Boleh saja.
Gatal berhijab pun boleh dan masih tiada adegan bersentuhan,” katanya lagi.
Pada masa sama, bintang drama Bahagia Yang Tertangguh itu berharap rakan-rakan pelakon berhijab agar kekal istiqamah dalam arena lakonan.
“Semoga semua pelakon wanita berhijab terus istiqamah, kita boleh lakukannya,” ujarnya. – HIBGLAM
