EMPAT tahun berehat selepas menjalani pembedahan pita suara, Jon Bon Jovi akhirnya kembali menggegarkan pentas menerusi konsert pembukaan Forever Tour di Madison Square Garden, New York.
Kemunculan semula penyanyi berusia 64 tahun itu disambut penuh emosi apabila dia mempersembahkan 21 lagu, sekali gus menandakan kebangkitannya selepas melalui tempoh pemulihan yang panjang.
“Sudah empat tahun saya tidak mendengar tepukan gemuruh penonton. Syukur,” katanya dari atas pentas.
Meski sebelum ini Bon Jovi pernah meragui kemampuan vokalnya selepas menjalani pembedahan, dia menegaskan tidak akan sesekali menggunakan teknik lip sync atau auto-tune ketika membuat persembahan secara langsung.
“Saya lebih rela dilanggar bas di jalan raya,” katanya. – HIBGLAM
