Atas meja selalu ada makanan demi ‘perut’ suami – Fasha Sandha

BUAT selebriti bernama Fasha Sandha itu, jauh perjalanannya dalam industri merubah kematangannya berdepan dengan sensasi dan kecaman.

Fasha atau nama sebenarnya, Nur Fasha Sandha Hassan berkata, kesibukan bukan alasan untuk melupakan tugasan di dapur yang hakikatnya antara rahsia menambat hati suami.

Keluarga nombor satu. Sesibuk mana pun saya, bab makan suami dan anak-anak tetap saya utamakan sejak dahulu.

“Walaupun saya wanita berkerjaya, saya tak pernah abaikan makan minum mereka. Perut suami kena jaga. Saya pastikan ada hidangan atas meja.

Jika keadaan kurang mengizinkan, atau tak sempat memasak, saya akan tempah melalui pesanan penghantaran.

“Saya ini bukan wanita sempurna, cuma yang dirasakan terbaik saya akan kongsi untuk memberi inspirasi kepada semua,” akui isteri pelakon Aidil Aziz itu ceria.

 

FASHA dikecam ramai disebabkan video promosi sebuah produk jamu yang memaparkan dia dan suami, Aidil Aziz ‘berdendam’ dalam jazuki.

Menyifatkan teman hidupnya itu sebagai insan paling memahami, Fasha mendedahkan Aidil juga bukan jenis meminta-minta, sebaliknya menjamah apa sahaja hidangan disediakan tanpa banyak soal.

Malah, Aidil juga ringan tulang membantu menguruskan rumah tangga sekiranya memerlukan.

“Dalam kehidupan suami isteri kita perlu saling melengkapi. Aidil suami penyayang dan pelengkap segala kekurangan saya.

Artikel penuh, layari www.kosmo.com.my atau dapatkan akhbar Kosmo! secara fizikal di kedai berdekatan termasuk di mana-mana 7eleven berhampiran.  – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok