Tarikh kahwin telah pun ditetapkan – Syed Saddiq

AHLI Parlimen Muar Syed Saddiq mendedahkan tarikh pernikahannya dengan penyanyi dan pelakon Bella Astillah sudah ditetapkan oleh kedua-dua belah keluarga.

Bagaimanapun, Syed Saddiq tidak berkongsi mengenai tarikh hari bahagianya dan akan diumumkan kepada orang ramai tidak lama lagi.

“Alhamdulillah keluarga terdekat termasuk kedua ibu bapa kami, sudah ada tarikh yang dipersetujui. Bukan setakat di antara kami berdua tetapi ibu bapa dan adik-beradik.

Cuma kami tidak uar-uarkan sekarang kerana perlu hormati proses ini iaitu nak beritahu keluarga lain dan kawan-kawan terdekat terlebih dahulu.

“Jadi, memang akan ada prosesnya dan kami tidak akan umum terus kepada orang ramai,” katanya dalam podcast BASS hari ini.

Dalam pada itu, Bella pula memberitahu hak penyiarakan majlis perkahwinan adalah tertakhluk di bawah kontrak bersama stesen televisyen Astro.

“Sebenarnya ramai tidak tahu majlis perkahwinan kami hak penyiaran Astro.

Jadi, kalian perlu ikuti sebarang kemas kini mengenai majlis perkahwinan kami dengan Astro,” katanya.

Terdahulu, Syed Saddiq sebelum ini memberi bayangan bakal menamatkan zaman bujang sebelum penghujung tahun ini selepas menerima restu daripada ibu bapanya.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok