TIADA angin tiada ribut, pelakon Jazmy Juma menamatkan zaman bujangnya selepas sah bergelar suami kepada wanita pilihan hati, Farah Athirah Rozman, hari ini.
Pasangan itu dinikahkan Haffizan Ibrahim dengan berwalikan abang pengantin perempuan, iaitu Muhd Azmeer Rozman.
Pada majlis tersebut, pemilik nama penuh Jazmy Khan Juma Khan, 28, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM555 kepada pengantin perempuan.
Menurut pengurusnya, Aszuad Zakaria pasangan itu sudah berkenalan sejak tahun lalu melalui media sosial.
Jazmy melangsungkan pernikahan secara tertutup bagi menghormati permintaan keluarga isterinya,” katanya.
Sebelum ini, pelakon filem Pulau itu mengakui sudah memiliki teman istimewa tetapi belum bersedia untuk mendedahkan identitinya kepada umum.
Dia juga mendedahkan impiannya untuk mengajak kekasih hatinya itu untuk bersama-sama meraikan sambutan Aidilfitri bersama. – HIBGLAM
