Ramai tiru menu The Legend of Kitchen Soldier

TIDAK pernah terjangkau dek akal untuk menghasilkan sebuah naskhah mengetengahkan isu ketenteraan dengan dunia masakan tetapi itu yang berlaku dalam drama The Legend of Kitchen Soldier.

Drama 12 episod itu mengupas kehidupan seorang askar muda, Kang Seong-jae lakonan Park Ji-hoon yang secara tidak sengaja menjadi legenda di dapur tentera selepas menghasilkan pelbagai jenis menu lazat.

Kehidupannya berubah apabila dia mula melihat sistem misteri seakan permainan video yang memberikan pelbagai misi berkaitan masakan.

Rata-rata memuji drama tersebut berjaya menjadikan dunia dapur tentera yang kelihatan biasa sebagai medan penuh cabaran.

Naskhah arahan Jo Nam-hyung yang ditayangkan menerusi platform HBO Max itu kini menjadi bualan hangat dalam media sosial selain ramai mula terikut-ikut menu-menu disediakan Seong-jae dalam drama tersebut. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok