Tiada persefahaman, Sharifah Husna, Halim Radzi cerai talak satu

KHABAR angin rumah tangga pasangan pelakon Sharifah Husna dan Halim Ghani berantakan akhirnya terjawab selepas mereka disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat.

Difahamkan, perceraian tersebut berlaku selepas Halim, 30, melafazkan talak terhdap Husna, 33, dengan alasan tiada lagi persefahaman antara mereka.

Husna juga dikatakan sudah habis menjalani tempoh iddah dan tarikh sebenar perceraian juga tidak dikongsi kepada umum.

Meski sudah berpisah, mereka bagaimanapun bersetuju untuk mengekalkan hubungan baik antara satu sama lain.

Terdahulu, khabar angin mengenai kemelut rumah tangga mereka mula bertiup kencang sejak tahun lalu

Lebih menguatkan lagi dakwaan, Husna juga memadam foto-fotonya bersama Halim dari akaun media sosialnya.

Untuk rekod, Husna dan Halim mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2022 dalam sebuah majlis di kediaman aktres tersebut. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok