Netizen mahu Aedy Ashraf buka taska Marga

SEBELUM ini Diva pernah kongsi tentang kegilaan Aedy Ashraf mempromosikan filem Tarung The Unforgiven terbitannya sehingga sanggup menemani peminat menonton di pawagam.

Kali ini, Diva sekali lagi tertarik dengan kesanggupan Aedy menjaga anak orang semata-mata untuk memberi peluang kepada mereka menonton filem tersebut di pawagam.

Iyalah, filem tersebut tidak boleh ditonton oleh kanak-kanak, maka Aedy pun jadilah ‘penjaga’ taska buat ibu bapa yang mahu ke pawagam.

Pada awalnya, Diva sangka Aedy hanya bergurau tetapi rupa-rupanya dia memang betul-betul menjaga.

Perkara tersebut membuatkan ramai netizen mula mencadangkan Aedy buka Taska Marga. Alahai macam-macam idea netizen pun.

“Aedy cakap kalau nak tengok Tarung boleh hantar anak-anak untuk dia jaga. Untuk kes saya, tidak ada tapi boleh ke kalau nak minta dia jaga saya?

“Pastinya Aedy punya ‘target audience’ adalah golongan ibu bapa satu Malaysia, mungkin dia nak buka taska Marga,” seloroh netizen.

Tapi apa pun tahniah sebab filem terbitan pertamanya kini berjaya mengutip lebih RM20 juta selepas 19 hari tayangan.

DIVA: Ramai betul harap Amarra tersingkir daripada Talk To My Manager 2.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok