The WONDERfools jodohkan Eun-bin, Eun-woo

THE WONDERfools merupakan drama Korea terbaharu bergenre komedi misteri yang mempertemukan Cha Eun-woo sebagai Lee Un-jeong dengan Park Eun-bin (Eun Chae-ni) sebagai bintang utama.

Drama tersebut mengisahkan sekumpulan individu yang menetap di Kota Haeseong tiba-tiba memiliki kuasa supernatural.

Berlatar masa sekitar 1999 yang pada ketika masyakarat dimomokkan dengan kiamat, Chae-ni dan rakan-rakannya perlu menggunakan kekuatan luar biasa mereka untuk memerangi sebuah organisasi gelap dan misi mencari penduduk yang hilang.

Mula ditayangkan pada 15 Mei lalu dalam Netflix, naskhah arahan Yoo In-sik itu berjaya menduduki kedudukan teratas dalam senarai drama paling popular Netflix Malaysia.

Selain Eun-bin dan Eun-woo, naskhah lapan episod itu turut dibarisi Choi Dae-hoon, Im Sung-jae dan Kim Hae-sook. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok