Seminggu kumpul lebih RM190,000, tabung bantu Adrian ditutup

MERAIH kutipan mencecah RM191,947.73, tabung sumbangan untuk membantu anak pelakon Amyza Aznan, Adrian Adam yang menghidap kanser tulang ditutup pukul 12 tenghari tadi.

Pengacara versatil, Datuk Aznil Nawawi atau Pak Nil, 64, berkata, wang hasil sumbangan orang ramai itu akan dipindahkan terus ke akaun bank peribadi Amyza sebaik selesai urusan penutupan akaun secara rasmi.

Pak Nil tutup akaun bantuan Adrian dan Amyza tepat pukul 12 tengah hari dan Pak Nil akan pindahkan ke akaun Amyza. Terima kasih semua.

“Sabtu dan Ahad bank tidak beroperasi, jadi baru sekarang Pak Nil dapat ke kaunter untuk uruskan pemindahan wang,” tulisnya menerusi hantaran di platform Threads.

Aznil turut menzahirkan rasa terharu dengan keprihatinan rakyat Malaysia yang bermurah hati meringankan beban Amyza serta keluarganya.

Terima kasih kepada semua yang percaya. Pak Nil ada kata tabung dibuka seminggu tapi tak sangka hati rakyat Malaysia di luar dugaan. Terima kasih lagi sekali,” katanya.

Inisiatif yang diusahakan bintang versatil dihormati ramai itu sejak  20 Mei lalu bertujuan menampung kos rawatan Adrian yang disahkan menghidap kanser tulang.

Aznil turut memaklumkan sanggup mengosongkan akaun peribadinya bagi tujuan pengumpulan dana tersebut.

Sebelum ini dia pernah menggunakan kaedah sama bagi membantu penyanyi Zamani serta Allahyarham Ibnor Riza. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok