1
PRODUKSI Puteri Gunung Ledang The Musical kembali jadi bualan hangat susulan pemilihan barisan pelakon baharu.
Watak utama, Gusti Putri Retno Dumilah digalas Aisha Retno bersama Mila Mohsin, namun timbul dakwaan konon wujud unsur ‘kabel’ dalam proses uji bakat.
Suara tidak puas hati terhadap pemilihan pelakon terutama Mila juga datang daripada golongan artis senior sendiri.
Diva sedikit hairan, yang bersuara itu juga lahir daripada ‘laluan istimewa’. Hmm… tolonglah..
Pada pandangan Diva, Mila bukan calang-calang. Latar belakang seni kukuh, ditambah bimbingan ibunya, Tiara Jacquelina, sudah cukup membuktikan kredibiliti.
DIVA: Seronok tengok Che Ta layan telatah anaknya Aaisyah, lawak yang tak dibuat-buat!
