Saiful Apek tukang nasihat netizen?

SEJAK kebelakangan ini, Diva tengok nama Saiful Apek sering ‘dipetik’ netizen dalam platform Threads.

Pada awalnya Diva pelik juga sebab ramai sangat seru nama Apek, rupa-rupanya mereka minta kata-kata semangat daripada pelawak itu.

Selepas Diva lihat beberapa hantaran Apek, memang dia suka memberi kata-kata positif kepada netizen terutama yang sedang stres dan dirundung sedih.

Adakalanya Apek sudah seperti pakar motivasi pula dalam kalangan netizen yang sedang mengalami kesulitan dalam kehidupan.

Harap perkara positif yang dilakukan Apek berterusan sebab tanpa kita sedari, benda kecil sebegini dapat membantu orang lain.

DIVA: Tak sabar nak tahu siapa bakal terpilih sebagai Puteri Gunung Ledang.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok