SELEPAS penyanyi Mimi Fly, pelakon Nadia Aqilah pula diumumkan sebagai penggalas watak Bayan iaitu pembantu kepada Gusti Puteri Retno Dumilah bagi pementasan ikonik, Puteri Gunung Ledang (PGL) The Musical.
Perkara itu dikongsikan pihak produksi yang memaklumkan pembabitan aktres versatil berusia 40 tahun itu dengan PGL The Musical bermula sejak 2006 lagi.
“Perjalanannya bersama Puteri Gunung Ledang The Musical bermula pada 2006 sebagai sebahagian daripada barisan pelakon asal.
“Lebih dua dekad kemudian, dia kembali dengan membawa bersama memori, semangat dan legasi emosi daripada dunia yang pernah membentuk perjalanan seninya sebagai pengkarya,” kongsi produksi di laman sosial.
Sebelum ini, produksi PGL The Musical memaklumkan musim baharu yang bakal dipentaskan tahun ini bakal membuat pembaharuan dengan menampilkan dua watak Puteri dan dua watak Bayan.
Langkah ini diambil sebagai usaha memastikan kesinambungan karakter ikonik tersebut untuk generasi akan datang, selain memberi peluang kepada lebih ramai penggiat seni menafsirkan watak berkenaan dengan dimensi berbeza.
Sebelum ini sememangnya nama Nadia turut menjadi pilihan ramai berikutan kredibiliti sebagai pelakon serba boleh.
Malah, dia juga disifatkan memiliki gaya klasik serta mempunyai intonasi dengan karakter Puteri Gunung Ledang seperti digambarkan dalam hikayat Melayu.
Sekali gus, dengan pemilihan Mimi serta Nadia, pencarian produksi memilih penasihat setia yang sering mengingatkan Gusti Puteri tentang tugas, takdir dan perasaan sudah berhasil.
Penantian ramai peminat kini tertumpu pula kepada watak utama yang tentu sahaja melengkapkan pasukan PGL The Musical untuk kembali lagi beraksi selepas hampir dua dekad mencipta fenomena dalam dunia teater Malaysia. – KOSMO! ONLINE
“Lebih dua dekad kemudian, dia kembali dengan membawa bersama memori, semangat dan legasi emosi daripada dunia yang pernah membentuk perjalanan seninya sebagai pengkarya,” kongsi produksi di laman sosial.
Sebelum ini, produksi PGL The Musical memaklumkan musim baharu yang bakal dipentaskan tahun ini bakal membuat pembaharuan dengan menampilkan dua watak Puteri dan dua watak Bayan.
Langkah ini diambil sebagai usaha memastikan kesinambungan karakter ikonik tersebut untuk generasi akan datang, selain memberi peluang kepada lebih ramai penggiat seni menafsirkan watak berkenaan dengan dimensi berbeza.
Sebelum ini sememangnya nama Nadia turut menjadi pilihan ramai melihatkan kredibiliti sebagai pelakon serba boleh.
Malah, dia juga disifatkan memiliki gaya klasik serta mempunyai intonasi dengan karakter Puteri Gunung Ledang seperti digambarkan dalam hikayat Melayu.
Sekali gus, dengan pemilihan Mimi serta Nadia, pencarian produksi memilih penasihat setia yang sering mengingatkan Gusti Puteri tentang tugas, takdir dan perasaan sudah berhasil.
Penantian ramai peminat kini tertumpu pula kepada watak utama yang tentu sahaja melengkapkan pasukan PGL The Musical untuk kembali lagi beraksi selepas hampir dua dekad mencipta fenomena dalam dunia teater Malaysia. – HIBGLAM
