‘Rindunya, tolong rakam Kini Kau Tiada versi 2026’

CHE Puan Sarimah mencuri perhatian ramai apabila tampil menyanyikan lagu hitnya Kini Kau Tiada bersama Brendan MFMF dalam sebuah video baru-baru ini.

Video tersebut membuatkan ramai teruja kerana merindui nyanyian Sarimah dan lagu yang popular sekitar 2001 itu.

Meski hanya dinyanyikan pada bahagian korus, video tersebut sudah cukup untuk mengubati kerinduan peminat.

“Tolong rakam semula lagu ini versi 2026, rindunya!

“Mengimbau memori betul lagu ini, rindu zaman awal 2000-an,” komen netizen.

Sehingga hari ini, video tersebut meraih lebih 300,000 tontonan dalam TikTok. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok