Masih ‘ligat’ main IG, Shila cakap tak serupa bikin?

KATA mahu berehat daripada media sosial. Tapi sampai sekarang Diva tengok masih lagi ligat dan aktif update itu dan ini.

Bukan ke kata media sosial platform yang terlalu toksik untuk dirinya? Bila netizen tegur, pandai pula melenting dan ‘sekolahkan’ balik netizen.

Tapi diri sendiri cakap tak serupa bikin. Macam mana?

Sebagai artis yang dikenali, rasanya lebih baik Shila berdiam diri daripada bersuara dan mengeluarkan apa-apa kenyataan yang boleh diputar belit orang ramai.

Memang betul Shila punya hak ke atas media sosial sendiri. Tapi lumrah bila bergelar artis, akan ada sahaja kritikan yang akan diberi jika tidak kena pada mata netizen.

Apatah lagi sekarang Shila pun sudah kembali bergelar isteri. Jadi kena pandai juga jaga air muka suami daripada segi berpakaian dan tingkah laku.

Tak pasal-pasal nanti nama suami juga terpalit sama dikecam gara-gara ditegur tidak pandai jaga isteri.

Apa-apa pun, Diva sentiasa doakan yang terbaik untuk Shila. Kalau merajuk sekalipun, jangan lama-lama okey.

DIVA: Ramai puji Janna Nick cantik bak bidadari ketika berada di Tanah Suci Mekah.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok