PELAKON terkenal Hollywood, Anne Hathaway mencuri perhatian ramai terutama umat Islam apabila menyebut Insya-Allah dalam satu temubual bersama majalah People.
Video wawancara pelakon filem The Devil Wears Prada 2 itu kini tular dalam media sosial seluruh dunia.
Ketika ditemu bual, Anne bercerita tentang kehidupannya yang kini memasuki fasa usia 40-an di mana dia berharap dapat menjalani kehidupan sihat.
Saya hanya mahu menikmati hidup. Saya mahukan kehidupan yang panjang dan sihat. Insya-Allah. Saya berharap perkara itu terjadi,” katanya.
Disebabkan video tersebut, ramai tertanya-tanya adakah dirinya sudah memeluk Islam.
Namun netizen mendedahkan bahawa perkataan Insya-Allah yang digunakan Hathaway hanyalah sekadar mengucapkan perkataan bahasa Arab, bukan bermaksud dia beragama Islam.
Tahun ini majalah People menobatkan Hathaway sebagai wanita tercantik di dunia 2026.
Dia kini dalam rangka promosi filem terbaru lakonannya, The Devil Wears Prada 2 yang akan ditayangkan di seluruh dunia bermula 30 April ini. – HIBGLAM
