Tak sihat, Umairah ganti Amira Othman di SFMM40

DIUJI masalah kesihatan, tempat penyanyi Amira Othman yang sepatutnya bergandingan dengan adiknya, Irfan Harris menerusi lagu Rasa dan Takdir terpaksa digantikan Umairah di Separuh Akhir Muzik Muzik 40 (SFMM40) yang berlangsung malam tadi.
Menurut Irfan atau nama lengkapnya Irfan Haris Othman, 24, Amira memaklumkan tidak dapat melakukan persembahan itu pada Jumaat lepas.
“Perkara ini terjadi agak ‘last minute’. Pada awalnya saya cuba nak pujuk supaya kakak (Amira)teruskan. Tetapi saya rasa ini semua takdir.
“Kakak tidak cukup ‘fit’ untuk buat persembahan, saya tak mahu paksa. Kesihatan adalah perkara utama.
“Jadi saya cakap tidak mengapa, kita cari pengganti kerana saya tidak mahu Tarik diri daripada pertandingan ini. Sayang sebab sudah 10 tahun saya menantikan peluang ini,” katanya ketika ditemui usai tamat SFMM40, di sini, hari ini.
Sambur Irfan, Amira berusaha mencari penyanyi sesuai untuk menggantikan tempatnya dan akhirnya memilih umairah.
“Dia memang ‘all out’ tolong carikan pengganti. Dia tanya semua kawan dia tetapi tak ada yang dapat buat. Alhamdulillah akhirnya kita dapat Umairah,” ujarnya.
Sementara itu, Umairah atau nama lengkapnya Ummi Umairah Saiful Anuar, 15, menyifatkan tawaran Amira sebagai rezeki tidak dijangka.
“Ketika pulang dari sekolah saya baca mesej yang dikirimkan Kak Amira. Dia minta tolong saya gantikan tempatnya.
“Pada mulanya saya rasa macam mimpi. Saya beritahu Mak Rozi (Rozi Abdul Razak) dan dia susun jadual sekolah supaya saya dapat buat persembahan ini.
“Alhamdulillah saya dapat lunaskan tanggungjawab ini walaupun berlatih dalam waktu singkat. Sejujurnya, saya rasa terlalu awal untuk saya beraksi di pentas separuh akhir,” ujarnya.
Keputusan lagu yang layak dipertandingkan di pentas kemuncak Anugerah Juara lagu ke-40 akan diumumkan pada hari kedua SFMM40 yang akan berlangsung esok. – HIBGLAM
Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok