Aduh! Nonny Nadirah masak tepi jalan pula

SELEPAS sering dikecam dengan pelbagai konten mengundang kecaman, Nonny Nadirah muncul berbeza berkongsi video sebuah video memasak dan menggoreng sayur brokoli di tepi jalan.

“Makanan tengah hari saya hari ini,” katanya.

Perkongsian tersebut membuatkan ramai tertanya-tanya, namun terdapat juga netizen memujinya menghasilkan konten sebegitu.

“Okeylah dia buat konten memasak, sekurang-kurangnya tiada lagi aksi pelik seperti sebelum ini.

“Mungkin memasak di tepi jalan begini cara dia ‘healing’, kita sokong saja perkara yang baik,” komen netizen. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok