Jelajah iQIYI Starship 2026, Esther Yu ‘panaskan’ Zepp KL

PLATFORM streaming, iQIYI International bakal mengadakan jejalah debut iQIYI Starship 2026 di Malaysia pada 7 April ini.

Menampilkan duta global iQIYI International, Esther Yu, buat julung kali pertemuan diadakan dengan peminat tempatan yang juga di Zepp Kuala Lumpur.

Pemilihan Malaysia sebagai lokasi pertama bagi jelajah 2026 ini dibuat susulan sambutan luar biasa terhadap pelbagai aktivasi iQIYI Starship di seluruh Asia Tenggara sepanjang tahun lalu.

Penganjuran acara ini juga melambangkan komitmen berterusan platform tersebut dalam memperkukuh kehadiran jenama pihak terbabit di pasaran tempatan.

Berkenaan kehadiran Esther yang merupakan selebriti popular China, beliau diterbangkan ke Kuala Lumpur atas permintaan ramai kerana mempunyai kelompok peminat tegar di sini.

Esther meraih pengiktirafan meluas menerusi lakonannya dalam beberapa drama popular termasuk Love Between Fairy and Devil, My Journey to You dan Sword and Fairy, yang kini boleh ditonton di platform tersebut.

Sepanjang acara berlangsung, juga peminat berpeluang bertemu secara langsung dengan pelakon itu serta mendapatkan perkongsian eksklusif mengenai projek terbaharunya.

Antaranya adalah drama original iQIYI bertajuk Speed and Love, yang semakin hangat diperkatakan di rantau ini.

Esther atau nama sebenarnya Yu Shuxin, 31, merupakan pelakon dan penyanyi kelahiran Shanghai, China.

Beliau mula mendapat perhatian ramai menerusi program realiti Youth With You 2 dan pernah menganggotai kumpulan vokal wanita THE9.

Sementara itu, berkenaan acara di Zepp KL, keutamaan akan diberikan kepada ahli VIP tahunan iQIYI International Malaysia bagi mendapatkan akses eksklusif.

Maklumat lanjut serta perkembangan terkini akan diumumkan menerusi saluran media sosial rasmi iQIYI Malaysia. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok