Kecoh nikah 28 Mac, Bella, Syed Saddiq kunci mulut

KEMBALI menjadi bualan ramai, pelakon dan penyanyi Bella Astillah didakwa bakal melangsungkan hari bahagianya dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq pada 28 Mac depan.

Khabar angin tersebut semakin bertiup kencang selain tular foto kain rentang atau banner memaparkan tanda pagar #BellaSyedyes tergantung di sebuah bangunan.

Foto tersebut membuatkan peminat pasangan yang dikenali sebagai BASS itu teruja dan tidak sabar menanti hari bahagia tersebut.

Beberapa hari lalu, khabar angin mendakwa mereka bakal bergelar suami isteri rancak menjadi bualan ramai selepas usahawan dan pelakon, Ben Ali memberi bayangan tarikh hari bahagia Bella dan Syed Saddiq adalah seminggu selepas Hari Raya Aidilfitri.

Tak sabarnya nak tunggu seminggu selepas raya,” katanya dalam ruangan komen.

Menurut beberapa komen lain, ada yang mendakwa tema busana majlis tersebut berwarna kuning.

Bagaimanapun, Bella mahu pun Syed Saddiq masih kekal mengunci mulut dan tidak mengeluarkan sebarang pengesahan mengenai khabar angin tersebut.

Terdahulu, Bella, 32, sering mengelak memberi respons mengenai status hubungannya dengan Syed Saddiq, termasuk dakwaan bakal melangsungkah pernikahan setiap kali ditanya media.

Untuk rekod, Bella pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz pada 9 September 2016 sebelum disahkan bercerai kali kedua pada 13 Jun 2024.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Ayden Adrian dan Ara Adreanna. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok