DALAM misi mencari bakat menerusi sebuah program anjuran sendiri dalam platform TikTok, penyanyi dan komposer To’ki menegaskan seorang penghibur perlu mempunyai pakej lengkap termasuk rupa paras sekiranya ingin terus kekal berjaya dalam industri seni.
To’ki atau nama sebenarnya Mohd Zaki Mansur, 61, berkata, perkara tersebut penting bagi memastikan nama terus relevan dan mencari peluang dalam dunia hiburan.
Saya cuma maklumkan kepada mentor-mentor untuk program ini, dalam bidang nyanyian rupa kena ada juga, bukan suara sahaja. Maknanya kena ada pakej lengkap. ‘
“Kadang-kadang ada yang boleh menyanyi bagus dan pandai buat lagu tapi kalau muka seperti orang ‘pecah rumah’, hendak pergi mana? Susah juga tapi ini kenyataan,” katanya kepada HibGlam ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa dan Konsert Ijmal Cinta Ramadan 3.0, semalam.
Dalam pada itu, dia menegaskan kriteria untuk menjadi anak seni beberapa dekad lalu sangat mencabar dan menitikberatkan pelbagai faktor termasuk bentuk badan menarik.
Ujarnya, tanpa memenuhi kriteria tersebut, seseorang anak seni akan sukar meraih populariti dan dikenali ramai.
Zaman dulu, kalau individu gemuk, (asal) Sabah, Sarawak, Cina, India memang susah nak jual.
“Tapi Itu zaman dululah,” katanya lagi. – HIBGLAM
