SELEPAS hampir empat tahun menjanda, pelakon Mawar Rashid memberikan bayangan pintu hatinya kembali terbuka untuk seorang jejaka misteri.
Menerusi perkongsian sama, Mawar atau nama penuhnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 31, meluahkan keterujaannya bakal menyambut Aidilfitri dalam suasana berbeza termasuk menggayakan baju senada dengan bakal pasangannya.
Saya rasa raya tahun ini akan menjadi lebih istimewa, berpasangan dengan pakaian sedondon,” katanya dalam Instagram.
Menerusi hantaran tersebut, Mawar turut memuat naik swafoto bersama jejaka terbabit.
Bagaimanapun, identiti lelaki tersebut masih dirahsiakan apabila wajahnya ditutup dengan emoji.
Selain itu, pelakon drama Kalis Kasih itu berkongsi sisi romantis jejaka berkenaan yang prihatin terhadap keadaan emosinya ketika berdepan tekanan kerja.
Mawar menerima kejutan jambangan bunga dan biskut kegamarannya sebagai tanda sokongan moral daripada individu terbabit.
“Terima ini (bunga dan biskut) selepas saya beritahu dia saya ‘burn out’.
Bunga dan biskut kegemaran saya, rasa sangat dihargai,” ujar dalam InstaStory.
Untuk info, Mawar pernah berkahwin dengan usahawan Raden Muhammad Rafael pada November 2017 sebelum sah bercerai pada November 2023.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael, 6, Raden Seri Rosabella Cinta, 5, dan Raden Seri Riyanna Sayang, 3. – HIBGLAM
