‘Selamat hari lahir iron lady’ – Syed Saddiq raikan Bella Astillah

IRON lady kerana awak juga, terima kasih Ironman.”

Demikian respons pelakon dan penyanyi Bella Astillah yang menghargai ucapan hari jadi daripada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.

Dalam ucapan hari jadi yang ke-32, Saddiq menyifatkan Bella atau nama penuhnya Dayang Nabellah Awang Astillah sebagai wanita penuh kelembutan namun mempunyai kekuatan luat biasa apabila berhadapan dugaan.

Lembut bila perlu, kental bila diuji. Itulah Bella yang saya kenali.

“Selamat hari lahir, iron lady,” katanya dalam hantaran Threads.

Menerusi ucapan sama, Saddiq turut memuji kecomelan anak perempuan Bella, Ara Adreanna yang sangat akrab dengannya.

“Ara memang puteri segala puteri,” tuturnya lagi.

Dalam hantaran tersebut, Saddiq dilihat menyambut ulang tahun Bella di sebuah restoran mewah.

Tidak hanya sekadar menikmati hidangan, Saddiq juga menghadiahkan sejambak mawar merah buat pelantun lagu Lebih Baik Berpisah itu.

Dua anak bella turut menemani mereka menikmati makan malam tersebut.

Terdahulu, nama Bella dan Syed Saddiq menjadi fenomena sejak tahun lalu sehingga diberi julukan BASS.

Meski tidak pernah mengumumkan sama ada menjalin hubungan istimewa atau tidak, rata-rata peminat mendakwa hari bahagia pasangan tersebut bakal tiba tidak lama lagi. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok