Bintangi filem pertama di Korea Selatan rezeki berganda – Zaki Yamani

PENYANYI, Zaki Yamani menyifatkan tawaran membintangi filem pertamanya, Tiket Sehala yang menjalani penggambaran di Korea Selatan tahun lalu sebagai rezeki berganda.

Zaki atau nama lengkapnya Ahmad Zaki Yamani Jamal Ubaidillah, 19, berkata tiada jalan mudah untuk meraih kepercayaan penerbit dan pengarah naskhah genre aksi itu selain membuktikan kemampuan menerusi sesi uji bakat.

“Saya bersyukur meraih tawaran ini selepas menghadiri uji bakat bagi watak adik kepada salah seorang karakter utama. Memang mencabar kerana perlu bermain emosi.

“Apabila dimaklumkan nama saya lolos, perasaan itu sukar untuk digambarkan memandangkan saya masih hingusan di arena lakonan tetapi tetap diberi amanah sebesar ini.

“Filem ini sarat penceritaan dengan kisah benar sebagai subjek. Apabila menjadi sebahagian daripada pasukan serta berpeluang pula menjalani penggambaran di Korea Selatan, ini semua bonus,” katanya selepas majlis berbuka puasa dengan barisan pelakon filem Tiket Sehala, baru-baru ini.

Menurut anak kepada Raja Pop Datuk Jamal Abdillah itu, barisan pelakon digabungkan dari tiga negara termasuk Thailand, Indonesia serta Korea Selatan.

“Saya berada di sana sekitar dua minggu iaitu pada November 2025 juga musim sejuk dengan suhu beku mencecah -16 darjah celsius.

“Kita tak biasa dengan cuaca begini dengan penggambaran kebanyakannya luar jadi memang kena tahan mental serta fizikal.

“Seronok juga sebab dapat berlakon dengan ramai pelakon negara jiran. Tengok cara kru kita dan mereka bekerja suatu pengalaman baru,” ujarnya.

Antaranya adalah pelakon dari Korea Selatan seperti Hyunjun Sun, Ninja dari boyband SuperThai (Thailand) serta Naufal Samudra (Indonesia).

Diterbitkan Key Billions Sdn. Bhd., filem arahan Rahila Ali yang dijadualkan ditayangkan pada Ogos depan turut dibarisi Jaa Suzuran, Ainee Mustafa, Zaki Yamani, Sharifah Sakinah, Hasnul Rahmat, Sheila Mambo, Ardell Aryana, dan Shaharudin Jamaludin. – KOSMO! ONLINE

Zaki atau nama lengkapnya Ahmad Zaki Yamani Jamal Ubaidillah, 19, berkata tiada jalan mudah untuk meraih kepercayaan penerbit dan pengarah naskhah genre aksi itu selain membuktikan kemampuan menerusi sesi uji bakat.

“Saya bersyukur meraih tawaran ini selepas menghadiri uji bakat bagi watak adik kepada salah seorang karakter utama. Memang mencabar kerana perlu bermain emosi.

“Apabila dimaklumkan nama saya lolos, perasaan itu sukar untuk digambarkan memandangkan saya masih hingusan di arena lakonan tetapi tetap diberi amanah sebesar ini.

“Filem ini sarat penceritaan dengan kisah benar sebagai subjek. Apabila menjadi sebahagian daripada pasukan serta berpeluang pula menjalani penggambaran di Korea Selatan, ini semua bonus,” katanya selepas majlis berbuka puasa dengan barisan pelakon filem Tiket Sehala, baru-baru ini.

Menurut anak kepada Raja Pop Datuk Jamal Abdillah itu, barisan pelakon digabungkan dari tiga negara termasuk Thailand, Indonesia serta Korea Selatan.

“Saya berada di sana sekitar dua minggu iaitu pada November 2025 juga musim sejuk dengan suhu beku mencecah -16 darjah celsius.

“Kita tak biasa dengan cuaca begini dengan penggambaran kebanyakannya luar jadi memang kena tahan mental serta fizikal.

“Seronok juga sebab dapat berlakon dengan ramai pelakon negara jiran. Tengok cara kru kita dan mereka bekerja suatu pengalaman baru,” ujarnya.

Antaranya adalah pelakon dari Korea Selatan seperti Hyunjun Sun, Ninja dari boyband SuperThai (Thailand) serta Naufal Samudra (Indonesia).

Diterbitkan Key Billions Sdn. Bhd., filem arahan Rahila Ali yang dijadualkan ditayangkan pada Ogos depan turut dibarisi Jaa Suzuran, Ainee Mustafa, Zaki Yamani, Sharifah Sakinah, Hasnul Rahmat, Sheila Mambo, Ardell Aryana dan Shaharudin Jamaludin. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok