Kayda bergelar isteri, Sheila Majid sambut menantu

PENYANYI Kayda Aziz selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihan hatinya yang dikenali sebagai Syafiq, semalam.

Majlis pernikahan Kayda atau nama lengkapnya, Wan Nur Khaleda Roslan, 34, dan pasangannya itu berlangsung di ibu negara

Ibunya juga Ratu Jazz, Datuk Sheila Majid turut berkongsi momen istimewa hari bahagia puteri sulungnya itu dalam InstaStory.

Selepas pernikahan, pengantin yang tampil sedondon dengan persalinan serba putih diraikan sanak saudara serta jemputan.

Dimeriahkan ahli keluarga serta teman terdekat, Sheila bersama suaminya, Datuk Acis turut mengundang teman selebriti dari Indonesia termasuk penyanyi Afgan serta komposer, Tohpati.

Sehari sebelumnya penyanyi lagu Sinaran itu turut muatnaik acara khatam a-Quran Kayda yang disertai kumpulan marhaban wanita.

Terdahulu, Kayda mengikat pertunangan dengan Syafiq pada Jun tahun lalu yang turut dikongsikan Sheila dalam media sosial.

Kayda merupakan anak sulung Sheila hasil perkahwinan pertamanya dengan bekas suami juga komposer, Roslan Aziz. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok